Waktu Solat

Thursday, August 28, 2008

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 51

Kursus Dalaman ke -3 : Kursus Penampilan Diri & ETR/ATR Headcounts


Kursus ini dianjurkan oleh Jawatankuasa LADPBS SK Marang pada 26-28hb Ogos. Kursus ini di sampaikan oleh Tuan Guru Besar sendiri, Hj Alias bin Ismail dan Pen. Kanan 1, Pn Hjh Zahani bt Bidin...

Sunday, August 17, 2008

Majlis Raja Sehari

Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai.. Rosli dan Nur Zuraida



"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Mohon restu Mu
Berkatilah dan limpahkanlah rahmat ke atas
pasangan suami isteri ini
Rosli bin Mohd Amin dan Nur Zuraida bt Sidi Ahmad
jadikanlah rumahtangga mereka aman dan
bahagia dalam ketaatan terhadapMu,
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh
serta berikanlah ketenangan kepada mereka
di dunia dan akhirat
Sempurnakanlah agama mereka
dengan berkat ikatan ini,
Amin Ya Rabbal Alamin"

Wednesday, August 13, 2008

SAMBUTAN ISRA' MIK'RAJ

14hb OGOS 2008, Dewan SK Marang, 8.00 pg, Penceramah : Al Fadil Ustaz Hj Ibrahim b Musa, Pegawai Penyelaras Masjid.

Tuesday, August 12, 2008

Lagi Kejayaan Cikgu Razali!





LAWATAN KERJAYA MURID PEMULIHAN

Lawatan Kerjaya Murid Pemulihan dianjur oleh Unit Pemulihan untuk membuka minda dan melihat suasana P & P di sekolah S.K. Sungai Berua, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Lawatan ini telah bertolak pada 11 Ogos 2008, Isnin
Masa, 9.00 pagi - 12.00 tgh
Peserta, 14 orang murid pemulihan dan 3 orang guru pengiring

Rasional : Keberkesanan P & P di sekolah adalah dianggap penting bagi memastikan setiap murid mengetahui sesuatu perkara dengan jelas. Sehubungan itu, adalah wajar bagi setiap indivigu mendapat maklumat dan pengalaman hasil dari tempat yang dilawati.

Objektif :
1. Membuka minda murid luar dari Daerah Marang.
2. Mengenal dan meluaskan pengetahuan baru.
3. Memupuk semangat toleransi dan setiakawan.




Monday, August 4, 2008

Kursus Dalaman Penggunaan Zoom-A

Jawatankuasa LADAP SK Marang telah menganjurkan Kursus Dalaman Penggunaan Portal Zoom-A dalam P & P.
Kursus tersebut telah diadakan pada 2 hb Ogos 2008, Sabtu, 8.00 pagi. Ia bertempat di Makmal Komputer SK Marang.
Semua guru telah menghadirkan diri untuk menjayakan kursus tersebut.
Terima kasih kepada En Khairi bin Mohd Noor, dari Pejabat Pelajaran Daerah Marang kerana sudi datang menjengok kami.






Sunday, August 3, 2008

Lawatan Sambil Belajar, Pra Sekolah

Pra Sekolah, SK Marang telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains dan Kreativiti, Terengganu (PSKT).
Lawatan tersebut telah diadakan pada 24hb Julai 2008, 9.00 pagi - 1.00 tengahari.
Murid yang menyertai rombongan lawatan itu ialah 42 orang dan diiringi 4 orang guru.
Antara aktiviti yang diadakan di sana iaitu Melawat Sudut Pameran, Menonton Tayangan Filem "Infinity of Life". Murid juga dibawa melawat Taman Reakreasi Batu Buruk untuk berehat dan makan tengahari.