Waktu Solat

Tuesday, October 28, 2008

LAWATAN KE PRASEKOLAH SK MARANG



Lawatan Guru-guru PraSekolah & Pembantu Pengurusan Murid dari PPD Hulu Perak ke PraSekolah SK Marang, Marang Terengganu telah berlansung pada 26hb Oktober 2008, hari Ahad baru-baru ini.

PraSekolah SK Marang telah menerima seramai 40 orang pelawat yang terdiri daripada guru-guru, PPM dan Pegawai PPD Perak.

En Hamid bin Daud Penyelia Pra Sekolah dari PPD Marang, telah mengiringi semua pelawat ke Pra Sekolah dan ke Makmal Komputer SK Marang untuk menerima taklimat mengenai PraSekolah SK Marang oleh guru sekolah, Pn Samsiyah bt Moahamad.

Selain itu para pelawat juga dibawa melihat aktiviti murid pra di kelas mereka. Para tetamu juga dijemput menjamu selera di kantin (dewan) SK Marang.

Monday, October 20, 2008

KURSUS PPSMI FASA VI, PERINGKAT DAERAH MARANG














KURSUS PPSMI FASA VI, PERINGKAT DAERAH MARANG...
Kursus ini akan diadakan dari 21hb Oktober hingga 6 November ini.
Kursus ini dikendalikan oleh pihak MIMOS.
Ia akan diadakan sebanyak 4 sesi.
Kepada semua sekolah Daerah Marang yang menerima notebook PPSMI Fasa VI akan menyertai kursus ini.
Makmal Komputer SK Marang telah menjadi pilihan pada tahun ini.

Thursday, October 16, 2008

Hari Graduasi Pra Sekolah 2008



16hb Oktober 2008, 8.30 pagi, Dewan Sekolah Kebangsaan Marang.
Majlis ini telah dihadiri daripada semua ibu bapa pelajar Pra sekolah SK Marang.
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan baik sekali.










Sunday, October 12, 2008

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2008



Semua warga SKM amat berbangga dengan anda semua!!!!

Pada 9hb Oktober 2008 - Pelajar seramai 17 orang dari S.K. Marang, 10 orang dari S.K. Bukit Payong, 5 orang dari S.K. Gong Nangka dan 2 orang dari SJKC Chong Hwa Wakaf Tapai diiringi Guru/Pemain Keyboard En Ros Al Shaary b Yaakub dan guru-guru pengiring yang lain telah mewakili Terengganu ke Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.

Semua peserta dan guru-guru pengiring menginap di Taman Tenaga, UKM, Bangi.

Raptai telah diadakan pada 10hb Oktober dan pertandingan bermula pagi 11hb Oktober 2008, Auditorium, Kompleks D, Putrajaya.

Tahniah! kepada semua yang terlibat...

Friday, October 10, 2008