Waktu Solat

Friday, May 29, 2009

Persaraan Noor Asiah




Majlis Perpisahan bersama murid untuk Persaraan Pn Noor Asiah bt Lat, guru Bahasa Inggeris SK Marang..
dan juga Majlis 'High Tea' di Primula Beach Resort, 29 Mei 2009.

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru ke-38










TEMA HARI GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Mesyuarat Agung PIBG

Tuesday, May 12, 2009

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pasukan Koir SK Marang sekali lagi telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Negeri Terengganu kali ke-8 berturut-turut yang telah diadakan di SMK Seri Dungun, Dungun baru-baru ini. Pasukan sekolah akan meneruskan perjuangan di Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada Oktober ini. Kemenangan berganda bagi Daerah Marang, kerana Pasukan Koir SMK T.Lela Segara juga telah julung-julung kalinya Johan dalam Pertandingan Koir Sekolah Menengah. Sejumlah besar pelajar-pelajarnya adalah bekas pelajar SK Marang. TAHNIAH!!!!

Monday, May 11, 2009

Kejohanan Merentas Desa antara Rumah-Rumah Sukan

12hb Mei 2009, Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada hari ini. semua pelajar termasuk PRA Sekolah juga turut serta.

Sunday, May 3, 2009

Bersama Berkongsi Kejayaan Sekolah

Salam sejahtera,
Rakan anda ingin berkongsi video dari laman EduWebTV.com
Tajuk video :CHOIR (E)
Durasi :30 minutes
URL : http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=&idmod=&vidgrp=&vidid=1230365916549560&fileid=0

Terima kasih kerana melihat video kami.
Pengurusan EduwebTV.com

Friday, May 1, 2009

Kursus Dalaman EDUWEBTV

Kursus Dalaman EDUWEBTV diadakan pada hari ini di Makmal Komputer SKM. Pn Dewi Mastura dan Pn Jasleen telah mengendalikan kursus ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan guru-guru telah berjaya mendafatar, mengakses dan meneroka Lawan Web berkenaan untuk kegunaan P & P.