Waktu Solat

Tuesday, November 27, 2007

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru SKM. Walau pun asyik bercuti, kita masih perlu hadir ke sekolah untuk Buddy Support System, bertugas dan kelas-kelas cuti terancang nanti. Jumpa semua nanti.

Wednesday, November 14, 2007

Sepanjang 3 Majlis di SKM

13hb Nov 2007, Selasa-Sambutan Hari Raya, Mesyuarat PIBG ke-16 & Majlis Anugerah Cemerlang telah berlangsung dengan meriah sekali. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Marang, En Aziz bin Mat Amin.Terima kasih beliau dan terima kasih atas sambutan ibu bapa yang amat ramai pada tahun ini.

Saturday, November 10, 2007

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG, MESYUARAT AGUNG PIBG & JAMUAN HARI RAYA SKM

13hb November 2007, Selasa- S.K. Marang akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang, Mesyuarat Agung PIBG ke-16 & Jamuan Hari Raya untuk semua guru-guru dan ibu-bapa serta semua warga SKM. Majlis gilang gemilang itu akan di rasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Marang. Di jemput semua ibu-bapa datang bagi menjayakan ketiga-tiga majlis ini.




Wednesday, September 19, 2007

Karnival Pra Sekolah

8 Sept 2007, Sabtu - Pra Sekolah Kebangsaan Marang telah menyertai Karnival Pra Sekolah Peringkat Negeri Terengganu. Perasmian telah dibuat oleh Tuann Pengarah Pelajaran Terengganu. karnizal itu bertempat di sekolah Kebangsaan Kampong tengah, Kuala Terengganu.
Antara acara yang telah diadakan Pertandingan mewarna, tarian rampai, bercerita, nyanyian dan gerakan, puisi 'story telling', dan hafazan.

Salam Ramadhan Warga SKM

Marhaban Ya Ramadhan...
May God give us
a RAINBOW for every STORM,
a SMILE for every TEAR,
a BLESSING for each TRIAL,
a SWEET SONG for every SIGH,
an ANSWER for every PRAYER..
SALAM RAMADHAN

Monday, September 17, 2007

Kalam Jamaie

11 Sept 2007, Selasa - Majlis Khatam Quran telah diadakan di Dewan SK Padang Mengkuang. Pasukan Sekolah kita, SK Marang seramai 50 orang murid telah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan. Antaranya, Pertandingan Kalam Jamaie, Kuiz, Dikir Barat dan Quran. SK Marang telah mendapat tempat ke-dua bagi semua penyertaan. Syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat. SK Marang Boleh!!

Monday, September 3, 2007

Wednesday, August 29, 2007

Di Ambang Kemerdekaan

30hb Ogos 2007, Khamis - Sambutan Ambang Merdeka disambut dengan meriah sekali. Semua guru dan murid telah melibatkan diri dengan penuh semangat. Pra Sekolah telah memberi cenderahati kepada Tuan Guru Besar Sebagai tanda ucapan Hari Merdeka. Selain itu Pertandingan Mewarna Hari Merdeka serta Logo Merdeka juga diadakankan. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-50, Semoga negara kita Malaysia yang tercinta kekal aman makmur untuk selamanya.

Thursday, August 16, 2007

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pelajar dan guru-guru yang terpilih SK Marang bertolak ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam 16 Ogos 2007 dalam siri lawatan menambah pengetahuan,maklumat, pengalaman dan membuka minda.Menyelami dan menyaksikan sendiri kerjabuat Pemimpin-pemimpin Negara,para bijak pandai negara,insan-insan yang berketrampilan , warga yang mempunyai kemahiran dan tanggungjawab dalam bidang masing-masing demi untuk mempastikan "Malaysiaku Gemilang"catatan pengalaman itu nanti dan maklumat terkini kongsikanlah kepada semua rakan.

Wednesday, August 8, 2007

Kenali Diri

Istimewa untuk semua warga SK Marang!

Sempena 50 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta (tahun 2007), hayatilah dengan hati yang luhur - pastikan kita tidak buta sejarah, sejarah lampau yang sudah terjadi, kita nikmati kesinambungannya hari ini.
Jangan terlepas pandang, ...........kita juga akan mencipta sejarah sendiri.

Selamat Maju Jaya.

Monday, August 6, 2007

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Unit ICT SKMarang
kerana berjaya membina BLOG sekolah ini.

Sunday, August 5, 2007

Makmal Komputer SKMarang


Inilah Makmal Komputer S.K.Marang yang mempunyai 42 unit PC untuk kegunaan semua murid dan guru-guru.

Sunday, July 22, 2007

Selamat Datang ke Blog ICTSKMarang


Selamat datang kepada semua guru yang baru menyertai blog ICTSKMarang ini.

Dengan adanya blog ini, harap dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan menambahkan minat kepada ict.
Rakan-rakan digalakkan menghidupkan blog sekolah kita ini dengan menghantar sebarang maklumat untuk kita kongsi bersama-sama.
Dimana sahaja kita berada kita masih boleh berinteraksi dan bertukar pendapat melalui blog ini. Harap blog ini dapat membri faedah kepada kita semua. Insyaalah.
Dari Guru ICT Sekolah