Waktu Solat

Monday, November 16, 2009

Hari Anugerah SK Marang 2009

16hb Nov 2009, Isnin - Majlis berlangsung dengar lancar, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua guru-guru ibu-bapa dan pelajar SKM yang telah memberi kerjasama menjayakan hari yang bermakna ini.

Saturday, September 5, 2009

UPSR sudah dekat!

Selamat menghadapi peperiksaan anak-anak SK Marang...

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan A-Mubarak

SELAMAT MENAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT BERPUASA

Thursday, August 13, 2009

SK Marang di istihar cuti

Arahan Penutupan Sementara.

Seramai 51 orang pelajar telah dikesan telah mempunyai tanda dan gejala Influence Like Illness (ILI) dan URTI yang diklafikasikan sebagai wabak di sekolah ini.
SK Marang telah mula bercuti selama seminggu mulai hari ini, 13hb September 2009.

Friday, July 10, 2009

Talent Identification Development @ Program Mengenal Pasti Bakat

11 Julai 2009, Sabtu - Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seramai 300 orang murid dari tahun 2 hingga 5 SK Marang telah hadir menjayakan program ini.

Friday, May 29, 2009

Persaraan Noor Asiah




Majlis Perpisahan bersama murid untuk Persaraan Pn Noor Asiah bt Lat, guru Bahasa Inggeris SK Marang..
dan juga Majlis 'High Tea' di Primula Beach Resort, 29 Mei 2009.

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru ke-38










TEMA HARI GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Mesyuarat Agung PIBG

Tuesday, May 12, 2009

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pasukan Koir SK Marang sekali lagi telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Negeri Terengganu kali ke-8 berturut-turut yang telah diadakan di SMK Seri Dungun, Dungun baru-baru ini. Pasukan sekolah akan meneruskan perjuangan di Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada Oktober ini. Kemenangan berganda bagi Daerah Marang, kerana Pasukan Koir SMK T.Lela Segara juga telah julung-julung kalinya Johan dalam Pertandingan Koir Sekolah Menengah. Sejumlah besar pelajar-pelajarnya adalah bekas pelajar SK Marang. TAHNIAH!!!!

Monday, May 11, 2009

Kejohanan Merentas Desa antara Rumah-Rumah Sukan

12hb Mei 2009, Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada hari ini. semua pelajar termasuk PRA Sekolah juga turut serta.

Sunday, May 3, 2009

Bersama Berkongsi Kejayaan Sekolah

Salam sejahtera,
Rakan anda ingin berkongsi video dari laman EduWebTV.com
Tajuk video :CHOIR (E)
Durasi :30 minutes
URL : http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=&idmod=&vidgrp=&vidid=1230365916549560&fileid=0

Terima kasih kerana melihat video kami.
Pengurusan EduwebTV.com

Friday, May 1, 2009

Kursus Dalaman EDUWEBTV

Kursus Dalaman EDUWEBTV diadakan pada hari ini di Makmal Komputer SKM. Pn Dewi Mastura dan Pn Jasleen telah mengendalikan kursus ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan guru-guru telah berjaya mendafatar, mengakses dan meneroka Lawan Web berkenaan untuk kegunaan P & P.

Friday, April 24, 2009

Johan Koir Daerah Marang


Lagi!!! Pasukan Koir SK Marang berjaya mengekalkan Kejohanan Koir Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Marang..
Lagu-lagu yang telah didendangkan ialah Malaysia Tanah Air Ku dan Nyalakan Tekad.
Mereka akan meneruskan perjuangan ini di peringkat Negeri yang akan diadakan di Dungun, Mei ini.

Johan Nasyid Peringkat Daerah Marang


Tahniah kepada guru-guru dan anak-anak SK Marang yang terlibat...

Thursday, April 2, 2009

Pertandingan Lalu Lintas MKJR


Pertandingan ini atas kerjasama JPNT dan SHELL telah diadakan di Kemaman. Sekolah Kebangsaan Marang telah mendapat tempat ke-3, Peringkat Negeri Terengganu. Tahniah!