Waktu Solat

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, 1429 H...

Pabila Syawal menjelma,
Sayup kedengaran takbir bergema,
Terdenganr riuh rendah ketawa,
Tanda semua orang bergembira.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Harap dimaafkan segala dosa,
ku pohon limpah kurniaNya,
Moga hidup kita selalu bahagia...

Wednesday, September 24, 2008

KHATAM AL QURAN DAN MEMBERI DUIT RAYA

25hb September 2008, Majlis Khatam Al-Quran Guru dan Murid dan Majlis Memberi Duit Raya kepada semua murid termasuk anak yatim dan penyerahan hadiah untuk pemenang Pertandingan Teka Silang Kata Sempena Ramadhan

Murid Juga juga dimeriahkan lagi dengan sesi bersalaman. Semua guru dan murid saling berminta maaf.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Unit ICT SKM kepada semua Warga SKMarang


Sunday, September 21, 2008

Makkah Tahajjud

Program Sepanjang Ramadhan & Selepas UPSR

Antara Program yang diadakan sepanjang Ramadhan:

Tadarus Al Quran diadakan untuk semua guru dan murid.

Pertandingan Teka Silang Kata Ramadhan

Khatam Al-Quran dan

Majlis Memberi Duit Raya

Membuat Kuih Tako....

Monday, September 8, 2008

UPSR kini tiba..



UPSR kini menjelma tiba,
Hari yang di nanti-nanti,
Doakan kami wahai semuanya,
Semoga dapat jawab nanti.

Redup ini amatlah nikmat,
Berkat rimbunnya si pokok jati;
Hidup ini amatlah singkat,
Sekali hidup biarlah bererti.

Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Tempat burung selalu bertemu,
Menghabiskan masa siangnya;
Isikan akal dengan ilmu,
Ilmu itu tiada habisnya.

Menghabiskan masa siangnya,
Sebelum bermalam di dalam hutan;
Ilmu itu tiada habisnya,
Ibarat saujana air lautan.

Sebelum bermalam di dalam hutan,
Diam berjejeran di atas ranting;
Ibarat saujana air lautan,
Ditimba, manakan kering!

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Al Mubarak



Andai semua HARTA adalah RACUN
maka ZAKAT-lah penawarnya,
dan jika seluruh UMUR adalah DOSA
maka TAQWA & TAUBAT-lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA
maka RAMADHAN-lah pemutihnya.

Marhaban Yaa Ramadan..
Mohon diberi kekuatan beramal,
selamat menunaikan ibadah puasa
kepad semua umat islam