Waktu Solat

Saturday, November 29, 2008

Mangsa Banjir di SK Marang

Dari 27hb November sehingga sekarang, hujan dan ribut petir tidak henti-henti di Marang. Penduduk sekitar Kg Paya dan Kg Kijing, Marang adalah antara mangsa-mangsa yang mengalami banjir dan terpaksa ditempatkan di sekolah ini buat sementara waktu.
Keseluruhan mangsa banjjir di Daerah Marang tahun ini lebih kurang 300 orang
SK Marang adalah antara 4 lokasi yang telah ditetapkan untuk menempatkan mangsa banjir sekitar Daerah Marang.

Tuesday, November 18, 2008

Persembahan Aspresiasi Expo Pendidikan 2008



Persembahan ini diadakan bersempena Expo Pendidikan Negeri Terengganu, 2008. Lokasinya adalah Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai , Kuala Terengganu.

Semua sekolah-sekolah yang berjaya ke peringkat negeri seterusnya kebangsaan telah mengadakan persembahan pada malam tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara persembahan yang telah diadakan Koir Sekolah Rendah Daerah Marang, Choral Speaking S.K Gong Kapas, Boria, Nyanyian Solo, Tarian dan banyak lagi.

Monday, November 17, 2008

Tahniah Anak-anak SK Marang!!

Tahniah kepada semua anak-anak S.K. Marang yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR, 2008 baru-baru ini.
Berikut adalah antara murid yang berjaya mendapat 5A dalam semua matapelajaran...

1. Ahmad Ihsan bin Yusof
2. Ahmad Syahmi b Ahmad Samsul
3. Mohd Rohaimizie bin Rahmat
4. Syed Mohd Amin Fuad bin Syed Ali
5. Wan Mohd Aswab Syabab bin wan Abd Aziz
6. Anis Adiba bt Zawawi
7. Nur Amanina bt Mohd Kamal
8. Nur Afiffah bt Ayub
9. Nur ain bt Mohd Zain
10. Nur Syahirah bt Abd Mubin
11. Nur Ain Fathiah bt Ibrahim
12. Siti Nurul Syafirah bt Mazlan
13. Wan Hamizah bt Wan Mahari
14. Nur Adibah Husna bt Ramli

Manakala, murid yang mendapat 4A dan 1B adalah 10 orang

Cikgu doakan agar semua anak-anak yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah dan seterusnya ke alam remaja yang penuh cabaran.. supaya cekal, tabah, berdisiplin dan tahu menjaga maruah mu. Demi masa depan yang cerah dan menjadi manusia yang berguna jangan lupa untuk terus berusaha serta berdoa kepada yang Ilahi... semoga setiap kejayaan berada dalam gengaman mu..InsyaAllah

Monday, November 10, 2008

Sepanjang Hari Anugerah Pelajar Cemerlang, 2008


TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA!!
Berikut adalah antara pelajar yang cemerlang dalam...

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK
- NUR AFFIFAH BT AYUB

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KO-AKADEMIK
- AHMAD IHSAN B YUSOF
- NUR AIN FATIHAH BT IBRAHIM

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KO-KURIKULUM
- MOHD SYAZWAN HAFIZ B SAFAIE
- NUR AIN BT MOHD ZAIN

ANUGERAH JASAMU DIKENANG
- MUHAMMAD ROHAINIZIE B RAHMAT
- NUR AIN BT MOHD ZAIN

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG, 2008

Tuesday, October 28, 2008

LAWATAN KE PRASEKOLAH SK MARANG



Lawatan Guru-guru PraSekolah & Pembantu Pengurusan Murid dari PPD Hulu Perak ke PraSekolah SK Marang, Marang Terengganu telah berlansung pada 26hb Oktober 2008, hari Ahad baru-baru ini.

PraSekolah SK Marang telah menerima seramai 40 orang pelawat yang terdiri daripada guru-guru, PPM dan Pegawai PPD Perak.

En Hamid bin Daud Penyelia Pra Sekolah dari PPD Marang, telah mengiringi semua pelawat ke Pra Sekolah dan ke Makmal Komputer SK Marang untuk menerima taklimat mengenai PraSekolah SK Marang oleh guru sekolah, Pn Samsiyah bt Moahamad.

Selain itu para pelawat juga dibawa melihat aktiviti murid pra di kelas mereka. Para tetamu juga dijemput menjamu selera di kantin (dewan) SK Marang.

Monday, October 20, 2008

KURSUS PPSMI FASA VI, PERINGKAT DAERAH MARANG














KURSUS PPSMI FASA VI, PERINGKAT DAERAH MARANG...
Kursus ini akan diadakan dari 21hb Oktober hingga 6 November ini.
Kursus ini dikendalikan oleh pihak MIMOS.
Ia akan diadakan sebanyak 4 sesi.
Kepada semua sekolah Daerah Marang yang menerima notebook PPSMI Fasa VI akan menyertai kursus ini.
Makmal Komputer SK Marang telah menjadi pilihan pada tahun ini.

Thursday, October 16, 2008

Hari Graduasi Pra Sekolah 2008



16hb Oktober 2008, 8.30 pagi, Dewan Sekolah Kebangsaan Marang.
Majlis ini telah dihadiri daripada semua ibu bapa pelajar Pra sekolah SK Marang.
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan baik sekali.










Sunday, October 12, 2008

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2008



Semua warga SKM amat berbangga dengan anda semua!!!!

Pada 9hb Oktober 2008 - Pelajar seramai 17 orang dari S.K. Marang, 10 orang dari S.K. Bukit Payong, 5 orang dari S.K. Gong Nangka dan 2 orang dari SJKC Chong Hwa Wakaf Tapai diiringi Guru/Pemain Keyboard En Ros Al Shaary b Yaakub dan guru-guru pengiring yang lain telah mewakili Terengganu ke Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.

Semua peserta dan guru-guru pengiring menginap di Taman Tenaga, UKM, Bangi.

Raptai telah diadakan pada 10hb Oktober dan pertandingan bermula pagi 11hb Oktober 2008, Auditorium, Kompleks D, Putrajaya.

Tahniah! kepada semua yang terlibat...

Friday, October 10, 2008

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, 1429 H...

Pabila Syawal menjelma,
Sayup kedengaran takbir bergema,
Terdenganr riuh rendah ketawa,
Tanda semua orang bergembira.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Harap dimaafkan segala dosa,
ku pohon limpah kurniaNya,
Moga hidup kita selalu bahagia...

Wednesday, September 24, 2008

KHATAM AL QURAN DAN MEMBERI DUIT RAYA

25hb September 2008, Majlis Khatam Al-Quran Guru dan Murid dan Majlis Memberi Duit Raya kepada semua murid termasuk anak yatim dan penyerahan hadiah untuk pemenang Pertandingan Teka Silang Kata Sempena Ramadhan

Murid Juga juga dimeriahkan lagi dengan sesi bersalaman. Semua guru dan murid saling berminta maaf.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Unit ICT SKM kepada semua Warga SKMarang