Waktu Solat

Wednesday, August 29, 2007

Di Ambang Kemerdekaan

30hb Ogos 2007, Khamis - Sambutan Ambang Merdeka disambut dengan meriah sekali. Semua guru dan murid telah melibatkan diri dengan penuh semangat. Pra Sekolah telah memberi cenderahati kepada Tuan Guru Besar Sebagai tanda ucapan Hari Merdeka. Selain itu Pertandingan Mewarna Hari Merdeka serta Logo Merdeka juga diadakankan. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-50, Semoga negara kita Malaysia yang tercinta kekal aman makmur untuk selamanya.

Thursday, August 16, 2007

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pelajar dan guru-guru yang terpilih SK Marang bertolak ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam 16 Ogos 2007 dalam siri lawatan menambah pengetahuan,maklumat, pengalaman dan membuka minda.Menyelami dan menyaksikan sendiri kerjabuat Pemimpin-pemimpin Negara,para bijak pandai negara,insan-insan yang berketrampilan , warga yang mempunyai kemahiran dan tanggungjawab dalam bidang masing-masing demi untuk mempastikan "Malaysiaku Gemilang"catatan pengalaman itu nanti dan maklumat terkini kongsikanlah kepada semua rakan.

Wednesday, August 8, 2007

Kenali Diri

Istimewa untuk semua warga SK Marang!

Sempena 50 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta (tahun 2007), hayatilah dengan hati yang luhur - pastikan kita tidak buta sejarah, sejarah lampau yang sudah terjadi, kita nikmati kesinambungannya hari ini.
Jangan terlepas pandang, ...........kita juga akan mencipta sejarah sendiri.

Selamat Maju Jaya.

Monday, August 6, 2007

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Unit ICT SKMarang
kerana berjaya membina BLOG sekolah ini.

Sunday, August 5, 2007

Makmal Komputer SKMarang


Inilah Makmal Komputer S.K.Marang yang mempunyai 42 unit PC untuk kegunaan semua murid dan guru-guru.