Sekolah Kebangsaan Marang telah mengadakan Kem Solat Bestari kali-1, 2008, pada 27 & 29hb Mac 2008, Sabtu baru-baru ini. Terima kasih kepada semua guru sekolah dan guru fardu ain yang terlibat.
Tahniah kepada Unit Kaunseling kerana berjaya mengadakan Sesi Persediaan Psikologi Tahun 6 pada hari ini. Terima kasih juga kepada penceramah jemputan kerana telah dapat menjalankan motivasi ini dengan cemerlangnya.
Selamat datang/kembali Pn Asmalia dari SK Gong Nangka dan Pn Ramlah bt Che Abdullah dari SK Seb Marang ke SK Marang... Selamat datang jua diucapkan kepada guru-guru pelatih dari Maktab Perguruan Kuala Terengganu ke S.K. Marang. Selamat menjalankan ROS.
Terima kasih atas penglibatan semua ibu bapa untuk menjayakan misi untuk pelajar UPSR tahun ini.. Terima kasih juga kepada penceramah jemputan Pn Wan Narasiah bt Wan Majid.
Blog Warga SKMarang ini telah diusahakan oleh Unit ICT Sekolah Kebangsaan Marang untuk menggalakkan guru-guru dan semua kakitangan SKM celik IT serta dapat berkongsi pendapat dalam mempertingkatkan mutu sekolah tidak kira dalam P & P atau memberi komen. Selain itu, dapat memperkenalkan sekolah kepada semua orang dan mata dunia. Harapannya, sesiapa yang mengunjungi blog ini dapat jadikan ia manfaat. InsyaAllah
Bendera SKM
Peta SKM
MISI SKM
VISI SKM
Sejarah SKM
Sekolah Kebangsaan Marang terletak di Daerah Marang, 25 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Terletak diantara laluan di antara Bandar Kuala Terengganu dan Dungun.Sekolah ini merupakan sekolah yang tertua di daerah ini. Sekolah ini dibina pada tahun 1922 di atas sebidang tanah seluas 1.75 ekar di tapak masjid daerah Marang sekarang. Bangunan sementara dibuat daripada kayu dan beratap nipah. Luasnya kira-kira 16 meter panjang dan 10 meter lebar. Bangunan ini dirobohkan apabila bangunan baru didirikan pada tahun 1955 di atas satu lot tanah seluas 11.894 ekar (tapak sekarang). Bangunan baru keluasannya 50 meter panjang dan 7 meter lebar mengandungi 5 bilik darjah dan mula digunakan pada 21hb April 1955. Memandangkan bangunan sedia ada tidak menampung pertambahan pelajar ketika itu satu lagi bengunan dibina pada tahun 1960. Bangunan ini menempatkan 3 bilik darjah. Pada tahun 1968 sebuah bangunan tambahan telah didirikan lagi yang mengandungi 3 bilik darjah, 1 bilik pejabat dan bilik guru. Kesemua bangunan ini masih kekal hingga ke hari ini. Pada tahun 1979 satu lagi bangunan telah dibina dan merupakan bangunan 2 tingkat yang menempatkan 3 bilik darjah, 1 bilik guru, sebuah pejabat dan bilik guru besar, bilik perpustakaan dan bilik TV Pendidikan dan digunakan sepenuhnya pada tahun 1980. Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Musa Hitam pada 15hb Februari 1980 yang ketika itu beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.