Waktu Solat

Tuesday, October 28, 2008

LAWATAN KE PRASEKOLAH SK MARANG



Lawatan Guru-guru PraSekolah & Pembantu Pengurusan Murid dari PPD Hulu Perak ke PraSekolah SK Marang, Marang Terengganu telah berlansung pada 26hb Oktober 2008, hari Ahad baru-baru ini.

PraSekolah SK Marang telah menerima seramai 40 orang pelawat yang terdiri daripada guru-guru, PPM dan Pegawai PPD Perak.

En Hamid bin Daud Penyelia Pra Sekolah dari PPD Marang, telah mengiringi semua pelawat ke Pra Sekolah dan ke Makmal Komputer SK Marang untuk menerima taklimat mengenai PraSekolah SK Marang oleh guru sekolah, Pn Samsiyah bt Moahamad.

Selain itu para pelawat juga dibawa melihat aktiviti murid pra di kelas mereka. Para tetamu juga dijemput menjamu selera di kantin (dewan) SK Marang.

No comments: